Wednesday, November 24, 2010

2010 Bakal Berakhir

Sudah setahun lebih rupanya aku tak menaip kat blog ni.
(sorry,org berkerjaya la katekan -kononnya- :P)

Mcm yang you all sume sedari, tahun 2010 bakal berakhir.
Mcm2 lah yg berlaku tahun ni kan?
Ade yg berazam nak kurus, nak naik pangkat, nak dpt gelaran Dato' dan sebagainya.
Bagi eden ni ha, tahun ni mcm2 benda jadi.
Azam eden utk menjadi lebih hebat dalam kerjaya sedikit tercapai, azam utk memiliki sebuah komputer peribadi baru, juga tercapai.

Tapi, dalam banyak2 azam, yg paling bererti sekali adalah azam untuk mengikat tali pertunangan dgn si dia. InsyaAllah, Disember ini bakal mencoretkan sebuah lagi kisah bahagia buat diri eden juga keluarga. Ia bakal menjadi pelengkap kepada pengakhiran tahun 2010 buat diri eden ni.

Alhamdulillah atas segala kurniaan yg diberi, semoga tidak terleka dalam perjalanan ini.


Saturday, August 22, 2009

KTM oh KTM..


Picture from : http://www.ktmrailwayfan.com/pics/

aku terpanggil utk menulis sedikit tentang Keretapi Tanah Melayu (KTM) ni sbb dah tak tahan lg dgn tren yang asyik delay. pendek kata, tiap2 hari mesti ade tren yang delay. aku tak tau la ape nak jadi dgn KTM nie. diorang tak paham kehendak pengguna ke? orang bayar kot nak naik tren tu. tak kira la singgit ke dua ringgit setengah ke. bila melibatkn penggunaan wang, mestila pengguna nk yg terbaik utk dia. nie x, delay..delay..delay n delay.."harap maaf, tren ke laluan sentul telah dibatalkan..tren berikutnya akan sampai dlm masa 30minit"..kdg2 tu sampai sjam pn ade..

hari tu lagi truk..dah la delay..dlm tren tu aircond rosak...perghh..bpeluh sume penumpang..yg bawak anak kecik lg la kesian. anak2 menangis.. dah panas gile kn..air peluh menitik2 mcm air paip..bile pk blk..kejam la KTM nie.

aku harap sgt diorg paham kehendak pengguna.

adiosa!